Saturday, December 12, 2015

Menanti Tuan

Tak sabar rasa hati  menuggu kehadiran tuan
lama sudah saya menuggu 
lama sudah saya berharap
sampai masa baru mendapat

menanti tuan  gundahnya hati
semua sudah siap menanti
mitten, bootty .semua dah beli
bilakah tuan akan menjengah,
dalam hati  saya berdoa 
semoga tuan selamat  lahir ke dunia
hey! si tuan kecil  semoga kamu selamat

hati kecil berkata kata
pesan demi pesan buat tuan
semoga tuan  berbudi tinggi
mulia  pekerti ,sempurna akal dan menyenangkan hati

hari hari penuh dugaan dah saya lalui 
cuma menanti hadir tuan mengubat hati 



  

Tuesday, March 18, 2014

Ader rumput atas bukit rumput cantik tak pernah lihat...rumput yang hijau

Mungkin pada zaman kanak kanak  kita pernah menyanyikan lagu ini . dengan kawan kawan kawan . bersama kumpulan pengakap sekolah  dan dalam group kumpulan waktu perkhemahan .Mungkin ada antara kita yang masih ingat  bila duduk bersama  dan masa tu cikgu dengan lantang menyuruh kita kanak kanak riang yang  pakat rasa comel waktu kecil  untuk duduk bersama   cikgu pengakap buat unggun api untuk kita nyanyi sama sama berhibur  diiringi bunyi unggas dan cengkerik. masa tu kita bersorak  sorak  dan menyanyi alunan lagu kanak kanak

 " Ada rumput  atas bukit ,rumput cantik tak pernah lihat " rumput yang hijau ....la lalalala...

 Waktu itu minda kecil ini masih belum mampu merpersoalkan apa yang menarik tentang rumput -rumput hijau. baiklah , jika kita lihat dari perspective motivasi. seolah olah ia  memberi satu harapan , agar kita selalu berusaha,untuk jadi rumput hijau yang cantik. tanah untuk tumbuh perlu subur dan di baja.

Dalam memacu hidup sendiri rasa cemburu melihat  keadaan orang lain yang lebih baik selalunya  menjadi sebab untuk kita menukar haluan.  atau kerjaya dan ia juga menjadi sebab untuk memdorong kita berubah  siapa tak seronok melihat  mereka yang berjaya  mempamerkan kehebatan duniawi  .kemilau  lip lap  kenderaan  di pandu dan blink blink ! kemilau diamond .. and gold ...wah !... syoknya.. dalam hati berharap  kalau lah kita mampu jadi seperti dia . tapi adakah kita tahu di sebalik semua itu pahit getir dan susah payah  mereka  atau mereka bertahan kerana ada status perlu jaga dan berupa sedemikian perlu untuk memancing kepercayaan mereka yang memandang .  siapa tahu ?.justeru itu, lahir pepatah " biar papa asal bergaya "pulak dah ....

Bagaimana dengan keadaan kita yang sering tertanya tanya apa akan terjadi pada kita nanti apa akan terjadi selepas ini. adakah kita telah membuat keputusan muktamat dan adakah keputusan yang kita ambil itu yang terbaik dan paling tepat. Persoalannya adakah  kita telah meneliti  atau kita buat kira kira yang mana lebih yang mana kurang , yang mana untung . kalau tanya dari sudut rohaniah jawabnya" buat lah istikarah" ya betul ... istikarah itu benar tapi perlu dengan sungguh bersungguh.  dan  dalam beristikarah juga   jiwa yang kacau kecamuk boleh terpedaya dengan tipu daya syaitan. pilihan yang kita buat  mungkin tepat jika kita telah teliti dan halusi  rangka kerjanya (framework) dan jalan kerja yang konkrit data empirical yang jitu.

Berbalik dengan kemahuan, kehendak adalah dorongan paling kuat untuk memiliki apa yang di idamkan , tapi sebenarnya kepuasan ,rasa dan  tenang  adalah tunjang sebenar erti kebahgiaan.bergantung dengan usaha sendiri. :" kalau ada kemahuan, di situ ada jalan " jangan takut merebut peluang  dan mencari peluang untuk memajukan diri menambah ilmu pengetahuan ,  Namun ,  jika di landa kegagalan  janganlah kita  kecewa, bangun dan berehat sebentar carilah kekuatan  untuk teruskan apa yang kita idamkan.  harus di teliti jua perancang perlu realistic dan strategi  dan langkah langkah  yang wajar ,  jangka masa yang di tetapkan   letakkan satu matlamat dalam memrealisasikan impian kerana yang akan menghijau itu nanti  adalah kebahagian diri sendiri yang di baja dengan  kesungguhan , di isi dengan tekun ,cinta dan cita cita, serta sabar  cintakan apa yang kita lakukan  yang akhirnya akan membuahkan hasil untuk kita  rasai manisnya. bahagiakan !. dan waktu itu rasa puas adalah "the ultimate satisfaction".






Thursday, February 6, 2014

Tentang pilihan

Hati berbunga bunga  ni. mekar dan kembang setaman,
menang rasa seronok bila dapat kerja yang kita minta. tapi   bila tanya mak . tanya abah, tanya kawan kawan .. hmmm pendapt berbeza beza. Bukannya tak ada pendapat sendiri.tapi sedikit sebanyak pandangan orang lain perlu dipertimbangkan .

walau impaknya pada diri sendiri.  dan apa sebenarnya yang kita mahu dalam hidup. kalau tanya  pada diri sendiri  sebenarnya diri sendiri dan hati pun tak dapat nak jawab . kelirukah dengan pilihan? 
Merenung sejenak wajah tua  yang berkerut  seribu. bila ku utara   soalan apa pendapat dia ? dan terdiamlah dia. dan tunduk sejenak lantas berkata  "tak perlu lah".Diam adalah bahasa yang  paling dalam  dan paling menakutkan.


Si putih datang dan membawa bersamanya khabar  ' jom ! sertai saya . saya  ada rancangan bagus untuk hidup anda " marilah saya bawa kamu lihat empayar saya   dan  semua kemanisan harta dunia sampai hari tua kamu" cepat  , tawaran masih terbuka   mulakan dengan langkah mudah . buka account dengan saya ,  buka besar terus tau . " dan lepas tu cari lagi ramai kawan kawan  untuk sertai kamu dan buat seperti kamu..." biar kamu ada org bawah yang berkerja untuk kamu "....dia berlalu dengan senyuman lebar dan harapan menggunung  agar  menyertai dia.kemudian , si  merah datang  pula  dengan penuh ceria . marilah sertai saya . saya ajar kan kamu jadi kaya raya . modal  can carnya mudah saja mari beli product saya dan  mari senarai kan kawan kawan untuk sama sama cuba dan berada di bawa kita hehehehe.. hati masih belum terbuka lagi  maknanya masih rapat lagi. masih belum dapat di buka dengan   kata kata manis dan bayang bayang  syurga dunia  tanpa sempadan..

Hati sebenarnya sangat bahagia menelusuri kehidupan.dengan sedikit bimbang  dan sedikit khuatir   tapi cukup sederhana   dan cukup membahagiakan buat masa ini.  walau datang  umpan  kemanisan   hidup bersenang senang,  hakikatnya, kekayaan jiwa lebih bermakna, kerendahan hati lebih bernilai. kemuliaan  budi itu lebih berharga.


Tak salah menambah pendapatan tapi redha ibu bapa jauh lebih penting  dari segala galanya. sementara mereka masih ada. . Tak salah jika ada pendapat dan kehendak sendiri. tapi lebih baik jika boleh di bincangkan bersama  dengan hikmah dan bijaksana.
 






Sunday, January 19, 2014

Apa sebenarnya yang kita cari.

Sedar tak sedar kita telah melangkah ke tahun  2014,  kita telah tinggalkan tahun  lepas , dan semua saat yang berlalu kita simpan dalam kenangan  dan sejarah.  Kita lihat cermin wajah masih sama . masih sama  rupa , bentuknya , mungkin hadir sedikit kerut  sedikit kedut di mamah usia.







Sedar atau tidak, umur meninggalkn kita pergi,  semua yang di tinggalkan tak kembali lagi. kita kutip kenangan bersama kenangan dan pengalaman mengisi ruang hidup dan kita belajar dari  kesilapan , sama ada kesilapan orang lain atau kesilapan sendiri,  perjalanan hidup  menyelusuri ruang waktu dan  lingkung masa mengajar kita erti kehidupan  apa sebenarnya yang kita cari . apa sebenarnya yang kita kejar dalam hidup ini.





Mungkin waktu sekolah dahulu, kita dia ajukan dengan persoalan apa cita cita anda?. tapi sebenarnya hidup yg hakiki adalah kembali  pada yang Esa, kekadang kita keliru, mengapa  jadi bergini. kenapa banyak sungguh halangan , mengapa kita  di ajukan dengan segala macam rencah hidup. dan kita  berfikir mencari jalan keluar merungkai permasalahan yang  hadapi.




Hati terkadang akan rasa terkilan dan hampa, hati terkadang kecewa dan bawa derita.  tapi telusurilah langkah hidup sebenarnya , Tuhan sedang mengajar kita erti hidup ini adalah untuk Nya. setiap masalah Allah berikan  ada sebabnya, supaya  kia kembali bertaut padaNya .  memetik nasihat seorang teman ku, "kita lihat diri, hubungan kita dengan manusia, hubungan kita dengan ibu bapa, hubungan kita dengan tuhan".





Kembali dan berdoalah padaNya dan pohonlah kemaafan pada  manusia yang kita zalimi. kita manusia yang bukan maksum. dengan  kekhilafan yang tak berpenghujung . 




Saturday, December 22, 2012

Nyawa sebenarnya terlalu rapuh

Mata masih tak boleh nak pejam, pusing kiri pusing kanan, arrr restless sangat pulak macam kanak kanak ADHD   huhuhu.    Dalam hati berbisik kejap lagi  siang boleh lah sampai ke tempat kerja .

 Membelok di Petronas Seksyen 20 , tempat parking  kesukaaan ku di depan 7 eleven tu ,  huuu the best.  lambat lambat  aku   ambil beg kain berjalur biru   melangkah meningkan kereta  kecil ku . menuju  ke bangunan SMC yang tersergam menanti kehadiran aku.

hati aku berbisik, "masih ada lagi , Encik Zai, .. seingat aku dia pesakit yang baik . tapi serangan pernafasan acut yang di hadapinya buat dia tak lena  tidur tak lalu makan ,  ,  aku tahu , keadaan dia tak mengizinkan ,.  ahli keluarga  dah minta dia di hantar ke sungai buluh . tapi akhirnya dapat tempat di hospital tengku ampuan rahimah Klang.  tapi ahli keluarga masih enggan.

 setiba di ICU, hijau ku... eh: encik Zaini dah Tak de "Meninggal kah dia " bisik hati kecil ku... lalu mulut comel ku bertanya mana Encik Zai....: wan yang berada tak jauh dari aku menjawab bersahaja ,"dah Transfer Kak. ,ke mana ? tanya ku . Ke Klang , semalam , Kak Kay hantar  dengan Sam ..., kata Wan.

Wan  berkata lagi" ingat hari ni nak follow up lah macam mana keadaan dia, kelmarin oxigen dah turun kan sebelum transfer..mungkin hari ni  extubated kot" kata Wan .

Wan mencapai gagang telepon sambil jari jrmarinya mendail dan menelefon . Hello ! saya Wan boleh saya bercakap dengan Puan  Azim, Oh maaf ye Puan . kami ucapkan takziah  pada puan , harap Puan dapat bersabar dan redha dengan ketentuan Allah"  dan Wan menamatkan perbualan .  terkesima sebentar.
 Wan dengan wajah sedih  bersuara. Kak encik Zai  meninggal dunia  jam 11 pagi tadi..   aku cuma boleh mengucapkan takziah dan dalam hati ku sedekahkan Alfatihah..

Aku terdiam , dan terkebil kebil sekejap. otak ku berfikir. alangkah rapuhnya nyawa dan sesungguhnya ia pinjaman semata mata . dari Allah kita datang  Dia tuhan yang Maha Esa Kepada Dia jua Allah Yang Esa   sebaik baik tempat kembali.


Sunday, October 14, 2012

Awak degil! sekeras mana kedegilan awak.


Awak memang degil, 

Dari dulu awak tahu awak bukan  apa yang dia nak .

Awak memang degil

 Awak tak dengar nasihat orang

 Awak terlalu yakin dengan diri sendiri

 Awak memang degil

 Awak tolak sekeras kerasnya takdir

 Awak lawan dan tolak semuanya sebab awak  nak cuba juga

bila awak gagal awak sedih

Awak berdukacita  sampai mahu mati

Oh Awak fikirlah! kata hati membawa mati

awak yang nak ambil risiko

Awak yang berkeras sekeras batu tak mahu beranjak

Awak yang  pilih semua ini

 Sebab awak selalu percaya dalam hidup semua adalah pilihan

Nak berjaya atau gagal sendiri pilih!

sekarang awak gagal ,

 Apa langkah awak yang separuh mati itu 

Awak fikirlah !

Awak gagal !, pilihan awak  sekarang di hujani pelbagai dugaan 

tapi,

Awak  degil, 

kenapa tak gunakan kedegilan awak untuk terus berdiri dengan hati kering?





Thursday, July 26, 2012

Malang tu memang tak berbau



17 julai, malam tu terasa amat berat hati nak keluar tingggalkan rumah , dah lewat tengath malam sister ni


telepon aku, tapi masih tekadkan hati layan jewlah, pergi dan tengok keadaan tempat kerja , walau malam


sangat lewat mata masih tak nak pejam, setiba di htempat kerja pesakit hmm boleh tahan chronic dan


tenatnya, hopefully will survive.


18 julai, awal pagi, seronok bukan kepalang melompat lompat hati nak balik rumah, dalam kepala macam


macam dah terbayang, sarapan pagi yang mak buat , lepastu fikir lagi nak siapkan kertas kerja , nak


hantarkan kuih . nasi lemak beratur yang mereka kata sedap sangat pun aku tak layan kan , aku chow


terus, ambik kunci , kereta dengan penuh semangat nak balik rumah ni , tapi hati macam tak sedap je,


eish , apa yang tak kena nie,


setiap persimpangan roundabout aku lalui, aisk jalan lurus, hampir sampai ke simpang tiga bukit


komandul, tiba tiba pandangan matajadi gelap, crash! kepala ku terhantuk bahu terdempak, Ya Allah!,


sakitnya, dada ni,... pandangan gelap , ada lah brader ni okay dik , kereta accidentlah dik, okay ker! ,,


owh , okay aku jawab, mamai jew kot kepala ku ni, sampai kat HTAR , emergency screening done,


doctor tengok, em xray pon done kot mana tahu patah, well dia org refer aku kat mata coz mata aku



bengkak berdarah kepala bengkak gak haiyo!, tak jadi aku nak settle macam macam , sudah kemalangan ,



bahu masih sakit , tpi doctor refer mata yang berdarah darah , ni , anyway, mereka kata kata ada pre


syncope,


doctor mata decide nak jahit kelopak mata aku , alahai , sakitnya wahal 5 jahitan jew.



balik rumah , malam baru aku gerak buat report kemalangan dah tentu lah aku tak tahu apa dah jadi


sampai balai polis, budak yang tarik kereta kata, aku dah langgar 2 buah kereta myvi, mereka dah buat


report awal , so aku just added lah, saman dah tentu , haish, nasib baik panjang umur lagi . alhamdullilah




kereta aku alahai, nasib baik ko ada defence aku, nanti aku repair bagi Lu barang baru okay,



malang memang tak berbau so memang kena berhat hati di jalan raya


so macam nilah akibatnya