Friday, August 29, 2008

Selamat Berposa kengkawan


Selamat menjalani ibadah berposa ...ek tak sabar nak gi terawih nie cam seronok kan nanti leh moree sesama ... selamat menjalani ibadah berposa yang mencabar kesabaran dan semoga keimanan kita makin utuh .. cayalah

Friday, August 22, 2008

hang out today


Hari ni jalan dengan Nana setelah sekian lama berjanji nak keluar tapi baru hari nie berkesempatan nak keluar adalah beberapa kali di tangguhkan untuk memberi laluan kepada beberapa perkara penting biasalah. kami keluar tengo cerita susuk. cerita agak mengelirukan.untuk Nana tapi berdasarkan kefahaman aku cerita tu sebenarnya tentang suraya dan watak suzana dalam erti kata kononnya 2 jiwa di satukan untuk memenuhi keperluan ... Susuk keramat kalau ditafsirkan ikut kata bomoh tu "aku mencari tuan yang baru" dan lagi bila bintang selari " so that sama dengan persamaan linear cam math.... kerana watak suraya di matikan dengan dengan penyatuan jiwa suzana so that suzana tk perlu keluar memburu untuk jadi vampire untuk bunuh orang last statement suzana dan bomoh satu lagi mangsa untuk menamatkan kelaparan .. selepas penyatuan jiwa soraya die jadi suzana.. sebab die dah langgar pantang tak boleh lalu sungai siang hari... pening kan .. biarlah ini cerita orang tak de iman tak solat dan amalkan perbuatan mungkar.. so that jangan ikut ekh.. lepas tengok wayang temankan nana shoping barang dapur..

sambil temankan nana shoping barang dapur aku jalan jalan ambik gambar bunga bunga nie kat jusco bukit tinggi tu

semua nampak cantik cantik belaka aku suka betul cuma aku tak tau nama die so siapa tahu nama bunga bunga nie bagi tau aku.. ek nanti aku bagi hadiah.. he he he..

cam biasa kami mengakhiri sessi pertemuan dengan makan bersama terima kasih kat nana sebab taja makan malam yang best kat satay kajang . tapi kat bukit tinggi lah next time kita keluar lagi ... thank untuk nasi kenduri semalam hubby aku yang makan dan belanja makan hari nie... thank my friend..........gd nite.

Saturday, August 9, 2008

Ijul melancarkan Kedai barunye....


kedai nie die namakan BISTRO BATMAN pasal abang aku ni peminat fanatic batman...

minggu yang sibuk

sepanjang minggu nie aku sibuk dengan presentation dan kerja harian yang mencabar. Hati pun sedih sikit coz my bunny yang tersayang sakit. kena virus must take to see pc doctor.. but lambat pulak pc doctor tu nak repair rindu sangat.. tinggal angelos menemankan aku dikala ni angelic sakit kena virus hu hu sedihnya.Hubby aku nak ajak tengok wayang pun tak sempat sempat masing -masing ke busy an nak tanya pendapat korang seronok tak movie The Mummy dan Susuk tu ingat nak ajak ixora(nana) ergi tengok lah... tapi nantilah hari rabu nie sempat kot.... kalau tak de masalah insyaallah boleh kot. hubby kerja pagi mungkin boleh ajak dia pergi sekali kot... amacam Nana bleh tak ?

semalam harijadi adik ipar aku dengan adik Saedah Uitm tapi aku cuma hantar sms je.. dah semalan juga aku attand seminar untuk research . aku pergi dengan adik junior aku di ICU Shafinah tapi aku selalu salah sebut nama die shafinas.. yelah dia cam minat je nak buat degree ha ha ha kira antara peminat aku lah coz suka tanya perkembangan aku belajar . Aku beriya nak pergi dengar nie pasal ...yelah semester nie aku kena buat research dah dengan frankly aku tak hidden lagi research proposal ku tak bagus dapat keldai je dan kena redo..ha tarik nafas panjang panjang.. tension nie... how ever aku tak lupa nak sertakan gambar masa pergi research di Monash university ... let see panel discussion yang bukan orang tempatan menarik cara penyampaiannya...

satu pengalaman baru dan jumpe ramai orang yang minat dengan research develoment. menarik dan satu pengalaman untuk journey menghasilkan jurnal he he macamlah nak jadi journalis lak aku nie... dreaming is part of ambition he he ... then past nie nyanyilah lagu I HAVE A DREAM... then try to realise kan baru real hebatkan berangan....any way aku selalu kata kat kenkawan tak rugi berangan coz berangan tak kena keluar duit.. he he..





ni Matron Ramlah dan yang duduk sebelah aku di bawah ni kak noriza


nanti aku tuliskan ape aku dah belajar so then kita boleh share... kan kan kan ...jenet kan.. lagi pun kena pergi kenduri kat rumah jiran nie... ha penat nyer hari hari full of activity...