Saturday, September 20, 2008

Aku Dan ICU

Sampai saja di tempat kerja ku di depan pintu ICU ku lihat cuma wajah duka cita gusar menanti dan wajah sedih .Ku lemparkan senyuman yang cuma berbalas senyuman hampar. 'kak celin, patient tu dah tak de.. ' kata Yati .masih ku ingat semalam Dr.Norsila dan para pakar berbincang untuk memaklumkan kepada ibunya bahawa pesakit tu dah mati otak. menurut ibunya arwah seorang yang anak yang baik. Aku cuma mampu berdoa agar Allah mencucuri rahmat baginya. Ku faham betapa pilu untuk meredhakan pemergian anak yang tersayang namun Allah lebih menyayanginya.

Setiap hari itulah episode yang akan ku hadapi dan itu jualah yang membibitkan syahdu di hati nurani ini bawa setiap yang hidup pasti mengadapi mati. bersediakah aku untuk menghadapi saat itu kerana hadirnya tidak dijangka.Apa yang mampu lakukan hanya berusaha untuk memberinya peluang untuk terus hidup tapi usaha itu Allah jua penentunya.

Masih segar dalam ingatan aku arwah sahabat suami ku terlibat dalam kemalangan sekelip mata meningggalkan sahabatku meneruskan hidup sebagai ibu tunggal. Arwah Nenek tak sempat ku temui buat kali terakhir nenek menghembuskan nafas terakhir di akhir Ramadhan. Ramadhan meninggalkan kenangan pilu untuk ku ingati entah berapa banyak kemalangan berdarah yang meragut nyawa pernah hadir mengisi diari ingatan ku. Serasa ingin ku berpesan Sesungguhnya mati tidak kenal usia.

lebih pilu jika nyawa masih dikandung badan tapi kemalangan buat mereka jadi tak berdaya hilang upaya kekal .Bila ku lihat mereka Aku terkenangkan bagaimana nasib mereka hilang tempat bergantung suami yang selama ini mencari rezeki kini terlatar tidak berdaya. air mata pasti kering sekeringnya dan dalam hati terpaksa meredhakan takdir suratan.
Post a Comment