Wednesday, October 29, 2008

Permai Hospital Posting Experiance

Aku bertolak dengan penuh semangat nak tamatkan dan ingin ku teruskan, perjuangan untuk melawat dan mendalami manusia yang di kurniakan tuhan dengan "beutiful Mind" . Setibanya di sana aku lewat jam 10 malam Asrama pun dah berkunci. Maka penatlah aku memberi salam
akhirnya ada insan yang turun membuka pintu dan aku dengan tercungap cungap menyatakan aku ni Pelajar OUM yang datang untuk posting. Oleh yang demikian akhirnya aku di tempatkan di bilik no 5.

Keesokkan hari aku di Orentasi oleh Matron Kalthum mengenai Permai Hospital ni yang menempatkan hampir 1400 orang pesakit mental .kemudian aku di bawa melawat keseluruhan tempat ini yang keluasaannya hampir 600 ekar .


Pesakit di sini rata rata pesakit yang terdiri dari pesakit lama dan kemasukan baru termasuk juga pesakit yang telah sembuh tetapi tidak di tuntut oleh keluarga

Hari kedua aku di sini aku melibatkan diri dengan terapi kumpulan yang terdiri dari pada pesakit jururawat yang mengawal aktiviti sekiranya pesakit bertindak agrasif.
ini adalah bunga bunga yang mereka tanam di sekeliling hospital dan projek orchid yang mereka laksanakan.

Semua ini adalah antara program yang kita jalankan untuk memulihkan pesakit mental supaya mereka boleh kembali berfungsi dan kembali dalam masyarakat.

Puan Saedah datang melawat kami sebelah petang sembang sembang . dan beliau kena balik jam 6 petang dan kami berkesempatan bergambar bersama dengan semua pelajar yang terlibat dalam posting ni.ada 20 orang tapi yang akan bersama sama dengan aku 5 orang je ni lah rakan rakan yang setia menemankan aku hingga tamat 8 november nanti.