Monday, December 29, 2008

Nurse Kerjaya dan Halangan

Noraselin at el 2008;kerjaya sebagai jururawat bukan sesuatu yang mudah. kebelakangan ini kita lihat kolej kejururawatan bercambah bagai cendawan tumbuh. Di akui permintaan untuk tenaga kerja ini makin luas dan makin tinggi dari sudut ekonomi ia menjanjikan kerjaya yang berkesinambungan dan peluang pekerjaan namun dalam keghairahan menghasilkan kuantiti jururawat kualiti perlu di ambil berat. kerana kita perlukan modal insan yang berkualiti jururawat yang mampu berfikir secara kritikal kerana yang ada di tangannya adalah insan yang bernyawa dan manusia yang berjiwa.

Tugas, tanggungjawab dan amanah untuk seorang jururawat memang berat. sedikit kealpaan mampu mengundang bahaya.Justeru itu, jika berkecimpung dalam kejururawatan persiapkanlah diri dengan segala ilmu pengetahuan sains dan teknologi. agama dan sebagainya kerana kau akan perlukan untuk berdepan dengan segala suka duka sewaktu menjalankan tugas.Waktu bertugas kebijaksaan amat penting terutama sekali 'Critial thinking". Ni lah subject paling susah nak ajar.
kebijaksanaan menutur kata dan memujuk memberi semangat buat mereka yang sedih dan berduka cita.. jadi amatlah penting untuk kau sendiri dapat memujuk hati kau juga sebelum mampu memujuk hati orang lain.
kau juga selalu berdepan dengan saat getir dan kehilangan orang tersayang walau tak semestinya kau perlu tabah setiap masa.Kerana ada masanya aku pun joint menangis sebab kasihan tapi bukan depan- depan kerana kita manusia yang punya hati.

Bagi mereka yang baru nak kenal kehidupan "white angel" ini seharusnya
perlu menyiapkan diri dengan kesabaran yang tinggi dan jiwa yang ketal supaya mampu menghadapi segala cabaran. dengan berkerja dalam sistem shift 8 jam. tinggalkan anak dan suami bukan senang kerja pulak tak tentu masa hari ni pagi esok malam pula. Jururawat kita bukan jenis banyak songeh kalau ada pun sikit aje pasal tu walau beban tugas tak setimpal pun masih diam. ratio tak sepadan pun tetap diam. 1 nurse rawat 20 orang pun masih diam. kemudian kena bebel dengan makcik tetap diam. Sebab nurselah yang akan di persalahkan jika pesakit dapat kudis tekanan dan komplikasi. mungkin sebab tu kerjaya ni ketandusan tokoh.Kerana kat luar tu ada banyak lagi kerja lain, cikgu, kerani, banker ,exercutive sebab banyak pilihan lah maka bidang nie ketandusan tenaga kerja menyebabkan demand nyer melompat tinggi.

Dalam rangking kejururawatan ,ada barisan sister dan matron yang banyak ragam. nurse manusia yang bertanggunjawab untuk pastikan pesakitnya dapat rawatan yang baik , walau kena sengat atau di hentam dari pelbagai sudut sedangkan PPK pun pandai melawan nurse... akhirnya nurse jugak kena .. harus di ingat.. kenalah banyak bersabar... jangan melawan suka ke tak suka ,buat jelah...kita orang kecik je..

Dalam sektor ini, halangan kemajuannya masih banyak terutama di Malaysia, nak ubah mentalily orang -orang lama tu bukan perkara senang. bukan semua mereka berfikiran terbuka sebab masa dulu kan zaman penjajah.. sebab tu ala -ala kolonial cuma nasib baik bila jumpa matron takyah tabik hormat dengan kawad kaki sekarang. , harus kau ingat bukan senang nak jadi senang. mungkin suatu hari nanti bila sampai masanya nanti. bila kerjaya ini bukan lagi dianggap kerja dan paradigma menginjak dari takuk lama jururawat sebaris dengan kerjaya professional yang lain. kerjaya ini memang didominasi kaum perempuan macam biasalah kalau boss semua perempuan macam mana?.

kepada adik jururawat yang baru tu.. nak jadi jururawat kena bijaksana dalam hati kena ada tekad nak kerja sungguh- sungguh .ingatlah tugas ni mulia bukan sebab kerana penghormatan tapi sejauh mana keikhlasan......

Cerpen ni akan jadi panjang lagi kalau aku ni nak membebel. cuma fikirkan lah.. Kalau nak berkecimpung dalam sektor perkhimatan dan kesihatan ni lagi- lagi nak jadi jururawat pastikan dirimu bukan seorang pemarah, tapi seorang penyabar yang tekun, gigih dan tabah lagi tak pernah gentar.walau jiwamu gusar senyummu tak pudar.......

SALAM MAAL HIJRAH


SALAM MAAL HIJRAH BUAT SUME KENKAWAN DAN PARA BLOGGER....