Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


if there is a day, There Must Be a night

If there is a black, there must be a white

If there is a mistakes, there must be forgiveness

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

· Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang diamiinkan oleh Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

Semoga dengan berpuasa mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar dan kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan segala doa dan kembali menjadi fitrah.

Monday, August 17, 2009

Bebal Komputer


Ini adalah sebuah kisah mengenai Microsoft Word Helpline
(bantuan > berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di
helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah
menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah
perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

"Ridge Hall
computer assistance; boleh saya bantu anda?"

"Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word."

"Masalah bagaimana tu encik?"

"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."

"Hilang?"

"Ya, ia hilang."

"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"

"Kosong, tak ada apa-apa."

"Tak ada apa-apa?"

"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."

"Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?"

"Macam mana saya nak tau?"

"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"

"Apa tu si-perom?"

"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"

"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon
bila saya taip."

"Adakah monitor anda ada power indicator?"

"Monitor tu apa?"

"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk
seperti TV.."

"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda
dihidupkan?"

"Saya tak tahu."

"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket
dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"

"Rasa-rasanya. "

"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan
pada soket elektrik di dinding anda."

"Yaa, terpasang."

"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar
terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"

"Iya ke?."

"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang
monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"

"Okay, jumpa dah."

" Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan
ketat di belakang computer anda."

"Alamak tak sampai laa."

"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"

"Tak boleh."

"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok
kat belakang tu?"

"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal
gelap."

"Gelap?"

"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya
ada adalah dari cahaya tingkap."

"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."

"Tak boleh."

"Tak boleh? Kenapa?"

"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."

"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya
sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan
semasa komputer ini dihantar?"

" Ada ... saya simpan kat dalam almari."

"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda.
Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik
ke kedai dimana anda beli dulu."

"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"

"Iya, rasa-rasanya macam itulah."

"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap
apa dengan pekedai tu?"

"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah
komputer."

Saturday, August 8, 2009

Sepetang Di Mekah

Salam dari Mekah Almukarrammah, Minggu ni nora pergi ke Mekah dengan Rosita ,Zahidah Bibi dan beberapa orang lain, kami bertolak dari jeddah sekitar pukul 3 petang dan tiba di sana jam 4 petang, sukar untuk nora kata kan mekah ,memang cantik suka suka sangat, langit sangat cerah sukar untuk Nora gambarkan , langit gilang gemilang membiru dan sangat cantik berseri seri, adakah ia hanya pada pandangan mata Nora, sungguh nora tak tahu,






Ramainya umat islam dari seluruh dunia berhimpun untuk bertemu dengan Allah untuk melihat Kaabah untuk melepaskan kerinduan pada panggilannya. Nora tak tahu nak kata gembiranya hati melompat lompat ke berbunga bunga . apa yang nora boleh katakan Nora suka berada di sana seluruh hati jiwa gembira tidak terhingga.Sampai balik ke rumah pun tidur boleh senyum lagi. suka suka suka sangat.





Nora akan datang lagi, Nora akan datang selalu, Bulan Ramadhan akan tiba dan Nora akan ke kembali lagi dengan kerinduan yang sukar untuk definasi. Mekah , Masjidil Haram , Kaabah yang membuat diri terasa semakin dekat semakin rindu , semakin rindu yang tidak terhingga. Bersabarlah kerana dengan bersabar kita akan merasa manisnya keimanan.