Monday, September 28, 2009

Kuih Raya dan Rendang Bujang Cik Nora




Masih lagi dalam mood raya. Nora semakin weng rindukan Si dier yang buat rasa nak menitis air mata bila teringat ah! buat jiwa makin kacau... dan ini Terapi minda Nora untuk melupakan kesunyian yang menghimpit... Kali ni Nora kongsikan bersama resepi nora untuk membuat biskut paling mudah best dan sedap di makan begitu saja.. Jeng jeng jeng ...

HONEY CORNFLAKES
Bahan bahannya:
-C0rnflakes 1 kotak (500gram)
-kacang tanah di kisar kasar atau bijan ke kismis suka hati(optional)
-1/2 cawan gula perang
-1/2 buku butter(mentega)
- 3 sudu madu
cara caranya:
cairkan mentega dgn gula perang dengan madu lebih senang kalau gunakan microwave , kalau tak de atas api pun boleh. pastu gaulkan dengan cornflakes kemudian susun dalam cake cup dan bakar dalam oven 10 minit jangan lama -lama nanti hangus....dan Tara!....
dah siap dan boleh di makan... kalau nak tabur coklat urai ke sebarang hiasan itu ikut suka hati.

oleh kerana rindu nak makan rendang tak de orang nak masak kan kenalah masak sendiri. em ni rendang bujang Cik Nora

bahan bahannya:

-ayam 500 gram
-1/2 cawan santan pekat

bahan kisar
- 2-3 ulas bawang merah
- 2-3 ulas bawang putih
- 2 batang serai
-3 inchi halia
-3 inchi kunyit
-3 inchi lengkuas
-1/2 camca jintan manis
-1/2 camca ketumbar
-7 biji cili padi


cara caranya
mula mula kisar jew sume bahan untuk kisar , ayam boleh di goreng lebih dahulu kalau suka kalau tak rajin masukkan begitu saja pun boleh
panaskan minyak dan tumis bahan kisat tadi, masukkan ayam, gaulkan rata dan masukkan santan. tutup dan masak dengan api sederhana , kacau sekali sekala bagi jangan berkerak nanti hangus he he... masaklah sampai naik minyak. masukkan garam dan gula serta penambah perisa sesuka hati ... kalau nak bagi bau yang wangi boleh guna daun kunyit atau daun limau purut... sebagai final touch... senang jewkan ..



Saturday, September 26, 2009

Raya oh Raya Saya Suka Hari Hari Raya...

Mula mula Nora sangka hari raya akan hambar dan tidak bermaya...Namun ada berita yang buat hati kembali berbunga bunga riang kerana limpah kurnia dari yang Esa . Yg di pertuan Agong kita telah hadir di Jeddah untuk bersama sama menyambut hari raya dengan rakyat Di Jeddah...yang berlangsung di Hotel Hilton, Jeddah Maaflah Kalau gambar tak clear.. sebab Nora duduk paling hujung . maklumlah saya Pemalu...... hu hu hu.....
pemandangan sewaktu Nora sampai , tempat duduk masih kosong lagi , suasana aman damai dan gilang gemilang..


dan inilah kawan kawan yang berkesempatan untuk ikut bersama merayakan hari raya Goh dan Teoh . selain kak Lyn dan kak Ana.Ini pulak menu yang disajikan untuk kita , tapi walaubagaimana pun masakan malaysia juga yang paling sedap dan sedap di makan di Malaysia hu hu...
dan menjunjung kasih Tuanku kerana mengkurniakan biskut raya untuk patik yang memang rindu nak makan biskut raya ni he he he...
sebenarnya ada 4 kotak satu dah makan habis baru ingat nak ambik gambar hek hek......apa apajelah ,Selamat Hari raya buat semua ....

Selamat Hari Raya. dan salam Lebaran

Dekat dekat nak berhari raya Nora betul betul hilang semangat .. cam tak de mood jew (Jiwa Kacau) betul betul jiwa kacau........Huarhg! huk huk... sedihnya dalam hati nora bila malam hari raya Nora bertugas malam .. bila terima sms dan panggilan tepon dari kawan dan keluarga di Malaysia . bila kata kata syahdu di lafazkan ..rasa nak menitis air mata tapi ku tahan jua.... sebab tengah kerja..
sebab tengah bertugaskan tak dapatlah dengar sebarang takbir berkumandang dan hari raya sume tempat lenggang kat sini. tapi sebab kita ORANG MESIA tu yang penting semangat kemalaysiaan tu sentiasa hidup.. nak juga sambut raya... Balik bertugas tak tidur lama dah terus gi raya rumah kak Ana untuk makan satay.. peh ! memang sedap Kak Ana masak .. kredit untuk kak Ana.

Tuesday, September 8, 2009

Sesekali buka puasa kat Luar

sepanjang ramdhan ni, Nora isi dengan menjalani ibadah puasa dan terawih di Masjidil haram,
selebihnya Nora habiskan dengan berYM dengan keluarga, terutama Mak abah yang tersayang. Along Ajul yang rajin online, dan Aim yang selalu online ....


Baru semalam , Nora keluar berbuka puasa dengan kawan setelah lama memerapkan diri dalam apartment . sesekali keluar bersosial dengan Rosita dan Zahida,
hidangan kami malam itu steak yang sedap......... kat steak house.. layan....


em Steak yang berasap panas panas. hu hu nice. sila jamu mata kalau datang ke blog nora hu hu.....



wish Ixora ada untuk joint sekali berbuka puasa bersama Nora...... hek hek... leh let makan....

.

Ukhwatufilah