Saturday, September 26, 2009

Raya oh Raya Saya Suka Hari Hari Raya...

Mula mula Nora sangka hari raya akan hambar dan tidak bermaya...Namun ada berita yang buat hati kembali berbunga bunga riang kerana limpah kurnia dari yang Esa . Yg di pertuan Agong kita telah hadir di Jeddah untuk bersama sama menyambut hari raya dengan rakyat Di Jeddah...yang berlangsung di Hotel Hilton, Jeddah Maaflah Kalau gambar tak clear.. sebab Nora duduk paling hujung . maklumlah saya Pemalu...... hu hu hu.....
pemandangan sewaktu Nora sampai , tempat duduk masih kosong lagi , suasana aman damai dan gilang gemilang..


dan inilah kawan kawan yang berkesempatan untuk ikut bersama merayakan hari raya Goh dan Teoh . selain kak Lyn dan kak Ana.Ini pulak menu yang disajikan untuk kita , tapi walaubagaimana pun masakan malaysia juga yang paling sedap dan sedap di makan di Malaysia hu hu...
dan menjunjung kasih Tuanku kerana mengkurniakan biskut raya untuk patik yang memang rindu nak makan biskut raya ni he he he...
sebenarnya ada 4 kotak satu dah makan habis baru ingat nak ambik gambar hek hek......apa apajelah ,Selamat Hari raya buat semua ....

Post a Comment