Thursday, December 24, 2009

Silver sand Beach

Kali ni Nora, habiskan masa pergi Beach Silver Sand kat Jeddah ni, ni lepas hujan , kat Jeddah kalau hujan banjir , sebab tak de longkang ahak.... takung airlah jawabnya.
Private beach ni, kalau nak masuk kena bayar 100 riyal, hanya orang luar, bukan warganegara saudi di benarkan masuk. Untung kita, Kat Mesia tak kena bayar nak gi Pantai.........
jadi sehari lah menghabiskan masa kat pantai ni untuk memuaskan hati, mata dan sebagainya ...

walau bagaimana pun tempat ni cantik cuma terhad untuk berenang renang, kalau nak snokling, kena pergi pantai lagi satu. Itu, nanti dulu.. Tunggu!....
kalau rasa rasa nak main perahu layar sila sila ...
Apa yang paling menarik, Ketam bunga nie, kat Mesia mmg kita tak kan jumpa ketam bunga besar dan segar , gemuk macam nie. credit kat ketam bunga.
pemalu sungguh sampai tergolek golek , tunggu sikit punya lama nak ambik gambar ketam ni saja,sebab sensitif dengan bunyi, dan manusia macam aku ni............ but finally dapat jugak!!!!!..........

Thursday, December 10, 2009

Gadis dan Bunga




Gadis dan bunga ,
Si gadis cik adik manis tersenyum bila bunga menjadi luahan cinta,kalau dia tak suka tak de jiwa lah si dier tu,
alahai, senyum 72 jam, tidur pun senyum ......
gadis dan bunga, si gadis ibarat bunga...
yang cantik kembangnya, manis rupanya

gadis dan bunga,
kalaulah benar ibarat bunga di petik layu apa yang akan kekal?
layu si bunga sebelum berkembang
cam ne nak kira?

Si gadis manis di ibarat bunga kerana kecantikan si Bunga menjadi idaman
si gadis ibarat bunga kerana keayuan dan kesantunan, keindahan budinya.
yang tak kan hilang hingga ke akhir hayat.
jika layu sebelum berkembang, ada kesilapan harus diperbetulkan
kurek kendi si merah saga.yang cantik budi yang indah bahasa.
kalau bunga di jaga di sembur racun serangga,
dibaja dengan baik , pasti hasilnya bunga cantik kelopak tak carik.

Gadis dan bunga
kalau gadis tu jual bunga .....
tapi kalau cik abang yang jual bunga ?
ahak abang dan bunga ahak .....
"adik manis mari beli bunga ahak....."


Kalau tak de kerja kita pergi makan yer....



Merayau isi masa lapang , window shopping, makan dan makan adalah xtvt Nora di masa cuti cuti hujung minggu di saudi(Khamis dan Jumaat) kali ni destinasi Nora red sea Mall dengan kawan Nora Cik Rose.

Applebees makan makan dan makan...

Makan lagi makan..

bersama kawan kita Sean.............. hu makan sampai kenyang dan jalan jalan, bila dah penat
singgah lagi minum, oleh kerana penat menjamu mata dan perut tekak rasa haus pulak
singgah lagi minum habis 2 cawan jus dan teh

akhirnya ......

Wednesday, December 9, 2009

Soal Hati


Soal Hati, pernah kita terfikir soal hati, hati yang punya angkara, hati punya pasal dan semuanya soal hati,sedih hati , suka hati, luka hati, hati hati ,pedih hati jatuh hati, semua angkara hati.

Dari perspektif kehidupan seharian,
Ikut hati mati, (peribahasa) Saat bercinta kita sangat suka hati,berbunga bunga hati, bersinar sinar mata, senyum dengan wajah berseri seri, dan bila sedih, hati jugaklah punya pasal sebab kawan tu tak de hati + perut, soal hati, tahukah kita pentingnya punya hati.......... hati nurani yang baik ,hati yang ikhlas, hati jujur dan suci murni penurasan dua kali.
Dari sudut demensi perubatan , hati adalah organ penting yang mendetoxificasikan sebarang racun yan kita makan. bila hati rosak (liver cirrosis) ia adalah penghujung kehidupan maka berkumpulah racun dalam badan merosakkan setiap inci darah daging. hingga otak tak boleh berfikir dengan betul muka pucat kuning sebab tak mampu menangung banyaknya toksin dan berakhirnya sebuah kehidupan.
Jadi di simpulkan, teramat penting kita menjaga hati , sekeping hati yang baik menentukan kehidupan tuannya jadi baik dan masyarakatnya di segani, bangsanya di sanjungi, kerana sekeping hati yang rosak akan membunuh tuannya, dan meracuni bangsa dan meruntuhkan masyarakatnya segalanya kerana hati.

Oleh itu Kita kita kena jaga hati, berhati hati, jangan hasad dan dengki sesama kita, jangan busuk hati, jangan tak berhati + perut,hati hati lah kita dalam melalui kehidupan.

Tuesday, December 8, 2009

Malicycllin & Malaysia

huh rasa nak pergi lagi , jalan jalan dengan minum air jus yang manis dengan si manis nelly. dan setiap kali pergi berjalan jalan Mall tutup sebab. buka petang- petang jew, dan dengan tak malunya aku buat cam aku dah sewa untuk ku sorang......... melayan kegilaan ahak malicycllin..
buat cam rumah sendiri ahak , he he tak malu tul ... mall kat saudi buka petang jew.. so seharian kat sana malicycllin jew ar,... tengok pintu yang tutup jew ahak..............

bila balik Malaysia, percutian yang seminggu mana cukup nak jalan satu Klang nak ziarah kenkawan...
orang pertama yang mesti di ziarahi mestilah bestfriend, girlfriend ni maka habis sehari suntuk bersama die menghabiskan masa mengenyangkan mata dan perut yang makin gendut ........alor nak diet angan- angan......... tak pe boleh consider hek hek,
tengok kasut, opppppp beli kasut..........