Friday, May 7, 2010

Malaysia Ku Bumi bertuah





Tanah Pusaka

Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah ku
Di merata dunia harum semerbak 

namamu oh Malaysia


Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka

c/o Tanah pusaka bertuah
      Berbagai bangsa didalamnya
      Hidup aman dan berjaga
      Bertekun kerja dan berjasa

Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela ku gugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata



Lirik Lagu Tanah Pusaka

rindunya pada Malaysia, rindu hijau suasana , riang ria . hu hu seronoknya  seronoknya , I love Malaysia

Saturday, May 1, 2010

Kota Mekah Satu Anugerah

Seharusnya seperti kawan kawan lain bila tiba cuti  lepas kerja kita akan terus  ke lapangan terbang untuk 

menuju pulang  untuk bertemu dengan orang yang di cintai, keluarga yang di tinggalkan. namun tidak bagi Cik

 Nora , Sukar benar untuk Cik Nora tinggalkan bumi Saudi Arabia ni.kerana hati sangat tenang di sini

 dengan langkah perlahan Cik Nora memulakan langkah   untuk menyahut panggilannya...........

hanya bebekal niat dan keinginan Cik Nora pergi bersendirian  Kerana Cik Nora yakin Allah sentiasa ada

 bersama ku dimana jua   Macam iklan Digi I will Follow U!...

Sampai di sana , semua tempat penginapan dah penuh, maklumlah Cik Nora gamble jew... Oh nasib baik..

Cik Nora Dapat bilik Akhirnya ,walau dalam hati dah berkata kata ," apa lagi tidur masjid lah"
 
Syukur pada Allah Cik Nora dapat tempat penginapan dan 

pemandangan ni dari bilik Cik Nora, seketika terpukau dengan kebesaran Ilahi. sesungguhnya Dia sangat 

pengasih.


Semasa Cik Nora tenang membaca rangkaian ayat ayat suci si kecil ni sibuk duduk di sejadah Cik Nora, 

membalikkan Al-Quran ku,Memang kau nakal tapi kau buat aku gembira  hai si kecil............
 keesokkan hari, Cik Nora menunaikan umrah  dan  selapai selesai tawaf wida, Cik Nora melangkah pulang,

 dengan hati berat  untuk meninggalkan , kerinduan yang memanggil, bukan kota itu, tapi dalam jiwa yang  

akan rasa tenang yang Yakin Dia sentiasa Ada bersama Mu..........

Masjidil Haram monument yang melambangkan kebesaran  tempat Suci Kita umat Islam.Manisnya rindu 

Pada Nya sukar untuk ku definasikan .................