Monday, December 26, 2011

Berhenti Menunggu






Awak Berhenti berharap

Awak sayang dia??

Awak sayang dia sepenuh jiwa..

Awak sayang dia kalah awak sayang nyawa..

Awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya(!)

Awak cinta dia??


Awak cinta dia sampai tahap buang manusia..


Awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuk kerja..

Awak cinta dia tanpa gentar halangan termasuk bantahan keluarga(!)

Awak suka dia??

Awak suka dia sangat hingga tidak tidur lena..

Awak suka dia tiada tolok banding kegilaannya..

Awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza(!)

Tapi, awak bukan pilihan dia..

Pedih bukan rasa??

Awak, sila berhenti menunggu.(!)

Menanti sesuatu yang membuatkan hidup awak tidak menentu..

Membuatkan awak keras seperti batu..

Ya, menjadikan awak sakit dan berkematu(!)

Awak, dia tidak layak untuk dinanti.

Sekurang-kurangnya bukan oleh awak yang sakit pedih hati..

Awak yang masih setia atas nama persahabatan sejati..

Sudahlah awak, masih banyak benda menanti..

Awak, kerasnya sebuah hati..

Kerasnya kepala awak yang penuh berisi..

Tetapi apakah awak tidak sedar awak sedang disakiti..

Dalam diam awak sebenarnya sedang sendiri..

Tanpa sesiapa pun peduli,

Tanpa sesiapa pun mencari,

Tanpa sesiapa pun simpati,

Tanpa sesiapa pun di dunia ini,

Awak terus mahu menunggu kemunculan dia??

Awak kekal mahu menjadi manusia setia??

Tapi awak tahu awak bukan sesiapa(!)

Bukan manusia yang dia cinta,

Bukan manusia yang dia suka,

Bukan manusia yang dia puja,

Awak, dengar sini..

Awak, baca ini..

Awak, perhatikan dan renungi..

Dia bukan manusia yang awak kena tunggu lagi.(!)

Berhenti..(!)

Awak, dah terlampau banyak beban yang awak galas..

Kenapa tidak pernah rasa malas??

Kenapa enggan rasa culas??

Kenapa tidak mahu lepas??

Awak, berhentilah..

Suatu hari nanti awak akan mengah..

Sudah tiba masa awak mengalah..

Bukan sebagai tanda awak kalah..

Tetapi sudah cukuplah lelah.. 

Cukuplah...(!)

by Arethick Dak Jahat

Friday, July 15, 2011

KIta bukan tahu bila kita akan mati

 Nora habiskan kerja di shift malam, pesakit Nora  dengan SLE lupus nephritis kali nie, budyy Nora Noelle malam ni, Noelle  memang sporting pada Nora, Ivan pon macam tu juga, Ivan   sangat conscious dengan weight , em apa yang menariknya kali ni Nora cerita tentang Oat, cara nak kurangkan berat badan kena tukar nasi yang selalu kita makan dengan mengantikan dengan Oat, melalut pulak Nora dengan kenangan silam, masa mula mula jejakkan kaki ke Tanah Arab ni masih ingat masa Mula sampai masa orientasi, masa Sn 3 tu berlagak macam  hebat walhal suboordinate Nora je , bila fikir memang Nora kutuk terbaik  . geram tu masih berkesumat dalam hati, Bila terkenang orang  kat sekeliling macam lahnat perangai macam mana Nora nak lupa . memang Nora orang baru, Nora tak faham apa , termalogy pun bukan yang biasa sukatan ubat  dilution bukan main banyak air  lagi , ubat yang selalu bagi guna 10 mls Ns pon jadi 50 mls mengarut tul tapikan dah tempat orangkan nak buat macam mana ,

 Masa accidentally triple lumen tercabut macam hampeh je semua orang .  menda tu dah lama leaking  tapi kan nak buat cam ne dah time Nora pulak  nak tercabut em  hampeh tul, 

Masa tinggalkan pesakit nampak macam okay tapi sesungguhnya ajal maut itu Tuhan yang tentukan  pergi rehat tak sampai 15 minit makcik tu mati pulak  sedih bukan kepalang terkejut  beruk , beruk pun tak terkejut macam tu. kesedihan tahap maksima tak suka lah Nora memang tak  boleh nak lupa sikit pun. terkesima terkedu ssemua ada.

Semua yang kita buat bila dah sampai ajal tak boleh  nak buat apa  tuhan Maha kuasa. 
 bila tengok pesakit terlantar usia muda anak 3   umur baru sebaya Nora, keadaan macam itu harapan apa yang tinggal. tinggal dekat hospital sajalah.  bernafas pun guna trachy. harapan apa yang ada , badan sendiri pon dah tak boleh nak jaga  . Nora termenung terfikir, Mungkin nora sedih hati Nora murung sebab kekasih hati lupakan Nora, tapi itu tidak terbanding penderitaan pesakit yang sebaya Nora itu yang memang tentu harapan dah tak ada, hidup bergantung dengan ventilator, dylisis 3 kali seminggu   nak bergerak pun bukan boleh , harapan apa yang tinggal , Anak tinggal dengan suami untung kalau suami  penyayang tiap masa datnag jenguk  , isteri yang sakit . nak buka mata pun tak larat 

Nora masih beruntung  tulang 4 kerat masih ada ., harapan nak hidup masih ada , putus kasih tak apa jangan putus asa dari rahmat Allah, Nora bersyukur masih ada tulang 4 kerat masih boleh cari duit sendiri nak harapkan siapa kalau Nora terlantar macam tu Nora  termenung sejenak .  kalau dah dugaan tuhan kita mana tahukan . Apa nak di kata , tuhan Maha Kaya dia tahu tahap mana level hambanya. mana lah kita tahu kita hidup sampai bila , kelmarin Nora di kejutkan dengan berita  ada  nurse  yang  mati  , sebelum ajal dia sempat lah ketuk bilik kawan  dalam keadan tercungap cungap sakit dada yng termat, kawan kawan panggilkan ambulan yang kemudian dilarang masuk pula dengan pengawal keselamatan yang tak berapa bijak tu . benak ikan sungguh!, akhirnya nurse tu meninggal dunia, yang Malangnya dah lebih seminggu  nurse tu mati. Mayat masih tak tertuntut oleh keluarga , malangkan nak kena hantar balik philiphine .alangkah siksa mayat tu . tuhan saja yang tahu . apa yang Nora boleh buat doakan semoga semua itu  berakhir dengan baik. yang mati dah tentu mati yang hidup kena teruskan  hidup yang penuh dugaan . ".yang penting biar putus kasih tapi jangan putus asa",Kita bukan tahu bila kita kan mati.  Nora tengok orang sakit hari hari berdepan dengan kematian adalah sekali sekala. kalau dah berusia tu Nora tak rasa terkulat kulat sangat tapi bila budak budak muda  tu memang Nora rasa ralat sikit . lebih lebih lagi yang jenis kena sawan  ketumbuhan otak lepas operation  jadi sayur je tinggal di ICU . Sampai tua  lah atas katil harapan apa ynag tinggal menunggu mati tak kunjung tiba. Nora rasa ralat  hampa  kecewa  sebab sayangnya muda lagi dah tak de harapan nak hidup nak rasa betapa indahnya dunia ciptaan tuhan nak rasa  nak tahu indahnya mencintai dan di cintai nak beramal dan menikmati hidup semua buat Nora rasa beruntung.

Sunday, April 24, 2011

Tentang Cinta,


Cinta
Mengapa kita menutup mata ketika kita tidur? ketika kita menangis?
ketika kita membayangkan? ketika kita berciuman? Ini kerana hal
terindah di dunia tak terlihat…
Kita semua agak aneh… dan hidup sendiri juga agak aneh… Dan ketika kita bertemu seseorang yang
 persamaannya sejalan dengan kita… maka kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan 
serupa yang dinamakan CINTA.


Mencintai bukan bagaimana kita MELUPAKAN ,
Melainkan bagaimana kita MEMAAFKAN … 
Bukanlah bagaimana kita MENDENGARKAN.. 
Melainkan bagaimana kita MEMAHAMI..
Bukanlah apa yang kita  LIHAT.. 
Melainkan apa yang Kita RASAKAN… 
Bukanlah bagaimana kita MELEPASKAN.. 
Melainkan bagaimana kita BERTAHAN…
Apabila cinta tidak berhasil… BEBASKAN Diri kita… 
Biarkan hati kita  kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas 
 Ingatlah bahawa kita mungkin menemukan cinta dan kehilangannya… 
Tapi.. ketika CINTA itu MATI… kamu TIDAK perlu mati bersamanya.



Kadang kala, orang yang kita kasihi  adalah orang yang PALING 
menyakiti hati dan kadang kala, 
Teman yang membawa kita  ke dalam pelukannya dan menangis bersama kita  adalah 
CINTA yang tidak kita  SEDARI

Cinta sebenar


Adakah tapak tanganmu berkeringat,

hatimu berdebar kencang dan suaramu

tersekat di dadamu?

Itu bukan Cinta, itu SUKA.





Adakah kamu tidak dapat melepaskan


pandangan mata darinya?

Itu bukan Cinta, itu NAFSU.



Adakah kamu menginginkannya kerana


kamu tahu ia ada di sana?

Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.



Adakah kamu mencintainya kerana itulah


yang diinginkan semua orang?

Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN




Adakah kamu tetap mengatakan kamu


menyintainya kerana kamu tidak ingin

melukai hatinya?

Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.




Adakah kamu menjadi miliknya kerana


pandangan matanya membuat hatimu

melompat?

Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.




Adakah kamu memaafkan kesalahannya


kerana kamu mengambil berat tentangnya?

Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.




Adakah kamu mengatakan padanya bahawa


setiap hari hanya dia yang kamu

fikirkan?

Itu bukan Cinta, itu DUSTA.




Adakah kamu rela memberikan semua


perkara yang kamu senangi untuk

kepentingan dirinya?

Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.


Tetapi




Adakah kamu tetap bertahan kerana


campuran antara kesakitan dan

kegembiraan yang membutakan dan tak

terfahami … menarikmu mendekati dan

tetap bersamanya?

ITULAH CINTA.




Apakah kamu menerima kesalahannya


kerna itu bahagian dirinya dan siapa

dirinya?

Jika demikian, ITULAH CINTA.




Adakah kamu tertarik dengan orang lain


tapi setia dengannya tanpa penyesalan?

Jika demikian, ITULAH CINTA.




Adakah kamu menangis kerana


kesakitannya walaupun saat itu dia

kuat?

ITULAH CINTA.




Adakah hatimu sakit dan hancur ketika


dia bersedih?

ITULAH CINTA.




Adakah hatimu gembira ketika dia


berbahagia?

ITULAH CINTA.



Adakah matanya melihat hatimu dan

menyentuh jiwamu begitu mendalam

sehingga menusuk?

Yang demikian itulah namanya CINTA