Friday, July 15, 2011

KIta bukan tahu bila kita akan mati

 Nora habiskan kerja di shift malam, pesakit Nora  dengan SLE lupus nephritis kali nie, budyy Nora Noelle malam ni, Noelle  memang sporting pada Nora, Ivan pon macam tu juga, Ivan   sangat conscious dengan weight , em apa yang menariknya kali ni Nora cerita tentang Oat, cara nak kurangkan berat badan kena tukar nasi yang selalu kita makan dengan mengantikan dengan Oat, melalut pulak Nora dengan kenangan silam, masa mula mula jejakkan kaki ke Tanah Arab ni masih ingat masa Mula sampai masa orientasi, masa Sn 3 tu berlagak macam  hebat walhal suboordinate Nora je , bila fikir memang Nora kutuk terbaik  . geram tu masih berkesumat dalam hati, Bila terkenang orang  kat sekeliling macam lahnat perangai macam mana Nora nak lupa . memang Nora orang baru, Nora tak faham apa , termalogy pun bukan yang biasa sukatan ubat  dilution bukan main banyak air  lagi , ubat yang selalu bagi guna 10 mls Ns pon jadi 50 mls mengarut tul tapikan dah tempat orangkan nak buat macam mana ,

 Masa accidentally triple lumen tercabut macam hampeh je semua orang .  menda tu dah lama leaking  tapi kan nak buat cam ne dah time Nora pulak  nak tercabut em  hampeh tul, 

Masa tinggalkan pesakit nampak macam okay tapi sesungguhnya ajal maut itu Tuhan yang tentukan  pergi rehat tak sampai 15 minit makcik tu mati pulak  sedih bukan kepalang terkejut  beruk , beruk pun tak terkejut macam tu. kesedihan tahap maksima tak suka lah Nora memang tak  boleh nak lupa sikit pun. terkesima terkedu ssemua ada.

Semua yang kita buat bila dah sampai ajal tak boleh  nak buat apa  tuhan Maha kuasa. 
 bila tengok pesakit terlantar usia muda anak 3   umur baru sebaya Nora, keadaan macam itu harapan apa yang tinggal. tinggal dekat hospital sajalah.  bernafas pun guna trachy. harapan apa yang ada , badan sendiri pon dah tak boleh nak jaga  . Nora termenung terfikir, Mungkin nora sedih hati Nora murung sebab kekasih hati lupakan Nora, tapi itu tidak terbanding penderitaan pesakit yang sebaya Nora itu yang memang tentu harapan dah tak ada, hidup bergantung dengan ventilator, dylisis 3 kali seminggu   nak bergerak pun bukan boleh , harapan apa yang tinggal , Anak tinggal dengan suami untung kalau suami  penyayang tiap masa datnag jenguk  , isteri yang sakit . nak buka mata pun tak larat 

Nora masih beruntung  tulang 4 kerat masih ada ., harapan nak hidup masih ada , putus kasih tak apa jangan putus asa dari rahmat Allah, Nora bersyukur masih ada tulang 4 kerat masih boleh cari duit sendiri nak harapkan siapa kalau Nora terlantar macam tu Nora  termenung sejenak .  kalau dah dugaan tuhan kita mana tahukan . Apa nak di kata , tuhan Maha Kaya dia tahu tahap mana level hambanya. mana lah kita tahu kita hidup sampai bila , kelmarin Nora di kejutkan dengan berita  ada  nurse  yang  mati  , sebelum ajal dia sempat lah ketuk bilik kawan  dalam keadan tercungap cungap sakit dada yng termat, kawan kawan panggilkan ambulan yang kemudian dilarang masuk pula dengan pengawal keselamatan yang tak berapa bijak tu . benak ikan sungguh!, akhirnya nurse tu meninggal dunia, yang Malangnya dah lebih seminggu  nurse tu mati. Mayat masih tak tertuntut oleh keluarga , malangkan nak kena hantar balik philiphine .alangkah siksa mayat tu . tuhan saja yang tahu . apa yang Nora boleh buat doakan semoga semua itu  berakhir dengan baik. yang mati dah tentu mati yang hidup kena teruskan  hidup yang penuh dugaan . ".yang penting biar putus kasih tapi jangan putus asa",Kita bukan tahu bila kita kan mati.  Nora tengok orang sakit hari hari berdepan dengan kematian adalah sekali sekala. kalau dah berusia tu Nora tak rasa terkulat kulat sangat tapi bila budak budak muda  tu memang Nora rasa ralat sikit . lebih lebih lagi yang jenis kena sawan  ketumbuhan otak lepas operation  jadi sayur je tinggal di ICU . Sampai tua  lah atas katil harapan apa ynag tinggal menunggu mati tak kunjung tiba. Nora rasa ralat  hampa  kecewa  sebab sayangnya muda lagi dah tak de harapan nak hidup nak rasa betapa indahnya dunia ciptaan tuhan nak rasa  nak tahu indahnya mencintai dan di cintai nak beramal dan menikmati hidup semua buat Nora rasa beruntung.