Sunday, March 13, 2011

Tuhan bagi dugaan untuk kita , kerana dia nak naikkan darjat kita.

Dalam hidup kita seharian  memang banyak masalah dan dugaan melanda. memang tak dapat di nafikan . kalau dalam sebuah keluarga adik beradik kita ipar duai  dan sebagainya  suami kita  semua  ada di sekeliling kita.   kita sanggup korbankan apa saja utuk membantu mereka . tapi sedihnya bila tiba giliran kita nak minta tolong sikit punya susah kena maki lagi,
Kita susah orang tak tahu, waktu kita dilanda masalah  kita usahakn sendiri apa pun cara kita ikhtiar untuk atasi masalah, kalau tak di pecahkan ruyung manakan dapat sagunya , kalau tak berusah mana nak dapt hasilnya. ingatlah Tuhan bagi dugaan untuk kita , kerana dia nak naikkan  darjat kita.Tuhan tak kan mengubah nasib seseorang jika dia tidak mengubahnya. dan janganlah kita menjadi orang yang meminta minta.Minta lah pada Tuhan yang Maha kaya. minta petunjuk  minta di bimbing, Tuhan dan berikan panduan jalan yang lurus yang membengkoknya kita juga .
Sediakan diri utuk hadapi dugaan Maha hebat. kerana bukan  kesukaran itu dugaan , kesenangan juga satu  dugaan  dalam apa juga waktu jangan lupa  itu dugaan menguji kita , adakah kita orang yang beringat  dan janganlah kita menjadi orang yang melampaui batas.