Saturday, December 22, 2012

Nyawa sebenarnya terlalu rapuh

Mata masih tak boleh nak pejam, pusing kiri pusing kanan, arrr restless sangat pulak macam kanak kanak ADHD   huhuhu.    Dalam hati berbisik kejap lagi  siang boleh lah sampai ke tempat kerja .

 Membelok di Petronas Seksyen 20 , tempat parking  kesukaaan ku di depan 7 eleven tu ,  huuu the best.  lambat lambat  aku   ambil beg kain berjalur biru   melangkah meningkan kereta  kecil ku . menuju  ke bangunan SMC yang tersergam menanti kehadiran aku.

hati aku berbisik, "masih ada lagi , Encik Zai, .. seingat aku dia pesakit yang baik . tapi serangan pernafasan acut yang di hadapinya buat dia tak lena  tidur tak lalu makan ,  ,  aku tahu , keadaan dia tak mengizinkan ,.  ahli keluarga  dah minta dia di hantar ke sungai buluh . tapi akhirnya dapat tempat di hospital tengku ampuan rahimah Klang.  tapi ahli keluarga masih enggan.

 setiba di ICU, hijau ku... eh: encik Zaini dah Tak de "Meninggal kah dia " bisik hati kecil ku... lalu mulut comel ku bertanya mana Encik Zai....: wan yang berada tak jauh dari aku menjawab bersahaja ,"dah Transfer Kak. ,ke mana ? tanya ku . Ke Klang , semalam , Kak Kay hantar  dengan Sam ..., kata Wan.

Wan  berkata lagi" ingat hari ni nak follow up lah macam mana keadaan dia, kelmarin oxigen dah turun kan sebelum transfer..mungkin hari ni  extubated kot" kata Wan .

Wan mencapai gagang telepon sambil jari jrmarinya mendail dan menelefon . Hello ! saya Wan boleh saya bercakap dengan Puan  Azim, Oh maaf ye Puan . kami ucapkan takziah  pada puan , harap Puan dapat bersabar dan redha dengan ketentuan Allah"  dan Wan menamatkan perbualan .  terkesima sebentar.
 Wan dengan wajah sedih  bersuara. Kak encik Zai  meninggal dunia  jam 11 pagi tadi..   aku cuma boleh mengucapkan takziah dan dalam hati ku sedekahkan Alfatihah..

Aku terdiam , dan terkebil kebil sekejap. otak ku berfikir. alangkah rapuhnya nyawa dan sesungguhnya ia pinjaman semata mata . dari Allah kita datang  Dia tuhan yang Maha Esa Kepada Dia jua Allah Yang Esa   sebaik baik tempat kembali.