Tuesday, March 18, 2014

Ader rumput atas bukit rumput cantik tak pernah lihat...rumput yang hijau

Mungkin pada zaman kanak kanak  kita pernah menyanyikan lagu ini . dengan kawan kawan kawan . bersama kumpulan pengakap sekolah  dan dalam group kumpulan waktu perkhemahan .Mungkin ada antara kita yang masih ingat  bila duduk bersama  dan masa tu cikgu dengan lantang menyuruh kita kanak kanak riang yang  pakat rasa comel waktu kecil  untuk duduk bersama   cikgu pengakap buat unggun api untuk kita nyanyi sama sama berhibur  diiringi bunyi unggas dan cengkerik. masa tu kita bersorak  sorak  dan menyanyi alunan lagu kanak kanak

 " Ada rumput  atas bukit ,rumput cantik tak pernah lihat " rumput yang hijau ....la lalalala...

 Waktu itu minda kecil ini masih belum mampu merpersoalkan apa yang menarik tentang rumput -rumput hijau. baiklah , jika kita lihat dari perspective motivasi. seolah olah ia  memberi satu harapan , agar kita selalu berusaha,untuk jadi rumput hijau yang cantik. tanah untuk tumbuh perlu subur dan di baja.

Dalam memacu hidup sendiri rasa cemburu melihat  keadaan orang lain yang lebih baik selalunya  menjadi sebab untuk kita menukar haluan.  atau kerjaya dan ia juga menjadi sebab untuk memdorong kita berubah  siapa tak seronok melihat  mereka yang berjaya  mempamerkan kehebatan duniawi  .kemilau  lip lap  kenderaan  di pandu dan blink blink ! kemilau diamond .. and gold ...wah !... syoknya.. dalam hati berharap  kalau lah kita mampu jadi seperti dia . tapi adakah kita tahu di sebalik semua itu pahit getir dan susah payah  mereka  atau mereka bertahan kerana ada status perlu jaga dan berupa sedemikian perlu untuk memancing kepercayaan mereka yang memandang .  siapa tahu ?.justeru itu, lahir pepatah " biar papa asal bergaya "pulak dah ....

Bagaimana dengan keadaan kita yang sering tertanya tanya apa akan terjadi pada kita nanti apa akan terjadi selepas ini. adakah kita telah membuat keputusan muktamat dan adakah keputusan yang kita ambil itu yang terbaik dan paling tepat. Persoalannya adakah  kita telah meneliti  atau kita buat kira kira yang mana lebih yang mana kurang , yang mana untung . kalau tanya dari sudut rohaniah jawabnya" buat lah istikarah" ya betul ... istikarah itu benar tapi perlu dengan sungguh bersungguh.  dan  dalam beristikarah juga   jiwa yang kacau kecamuk boleh terpedaya dengan tipu daya syaitan. pilihan yang kita buat  mungkin tepat jika kita telah teliti dan halusi  rangka kerjanya (framework) dan jalan kerja yang konkrit data empirical yang jitu.

Berbalik dengan kemahuan, kehendak adalah dorongan paling kuat untuk memiliki apa yang di idamkan , tapi sebenarnya kepuasan ,rasa dan  tenang  adalah tunjang sebenar erti kebahgiaan.bergantung dengan usaha sendiri. :" kalau ada kemahuan, di situ ada jalan " jangan takut merebut peluang  dan mencari peluang untuk memajukan diri menambah ilmu pengetahuan ,  Namun ,  jika di landa kegagalan  janganlah kita  kecewa, bangun dan berehat sebentar carilah kekuatan  untuk teruskan apa yang kita idamkan.  harus di teliti jua perancang perlu realistic dan strategi  dan langkah langkah  yang wajar ,  jangka masa yang di tetapkan   letakkan satu matlamat dalam memrealisasikan impian kerana yang akan menghijau itu nanti  adalah kebahagian diri sendiri yang di baja dengan  kesungguhan , di isi dengan tekun ,cinta dan cita cita, serta sabar  cintakan apa yang kita lakukan  yang akhirnya akan membuahkan hasil untuk kita  rasai manisnya. bahagiakan !. dan waktu itu rasa puas adalah "the ultimate satisfaction".






Thursday, February 6, 2014

Tentang pilihan

Hati berbunga bunga  ni. mekar dan kembang setaman,
menang rasa seronok bila dapat kerja yang kita minta. tapi   bila tanya mak . tanya abah, tanya kawan kawan .. hmmm pendapt berbeza beza. Bukannya tak ada pendapat sendiri.tapi sedikit sebanyak pandangan orang lain perlu dipertimbangkan .

walau impaknya pada diri sendiri.  dan apa sebenarnya yang kita mahu dalam hidup. kalau tanya  pada diri sendiri  sebenarnya diri sendiri dan hati pun tak dapat nak jawab . kelirukah dengan pilihan? 
Merenung sejenak wajah tua  yang berkerut  seribu. bila ku utara   soalan apa pendapat dia ? dan terdiamlah dia. dan tunduk sejenak lantas berkata  "tak perlu lah".Diam adalah bahasa yang  paling dalam  dan paling menakutkan.


Si putih datang dan membawa bersamanya khabar  ' jom ! sertai saya . saya  ada rancangan bagus untuk hidup anda " marilah saya bawa kamu lihat empayar saya   dan  semua kemanisan harta dunia sampai hari tua kamu" cepat  , tawaran masih terbuka   mulakan dengan langkah mudah . buka account dengan saya ,  buka besar terus tau . " dan lepas tu cari lagi ramai kawan kawan  untuk sertai kamu dan buat seperti kamu..." biar kamu ada org bawah yang berkerja untuk kamu "....dia berlalu dengan senyuman lebar dan harapan menggunung  agar  menyertai dia.kemudian , si  merah datang  pula  dengan penuh ceria . marilah sertai saya . saya ajar kan kamu jadi kaya raya . modal  can carnya mudah saja mari beli product saya dan  mari senarai kan kawan kawan untuk sama sama cuba dan berada di bawa kita hehehehe.. hati masih belum terbuka lagi  maknanya masih rapat lagi. masih belum dapat di buka dengan   kata kata manis dan bayang bayang  syurga dunia  tanpa sempadan..

Hati sebenarnya sangat bahagia menelusuri kehidupan.dengan sedikit bimbang  dan sedikit khuatir   tapi cukup sederhana   dan cukup membahagiakan buat masa ini.  walau datang  umpan  kemanisan   hidup bersenang senang,  hakikatnya, kekayaan jiwa lebih bermakna, kerendahan hati lebih bernilai. kemuliaan  budi itu lebih berharga.


Tak salah menambah pendapatan tapi redha ibu bapa jauh lebih penting  dari segala galanya. sementara mereka masih ada. . Tak salah jika ada pendapat dan kehendak sendiri. tapi lebih baik jika boleh di bincangkan bersama  dengan hikmah dan bijaksana.
 






Sunday, January 19, 2014

Apa sebenarnya yang kita cari.

Sedar tak sedar kita telah melangkah ke tahun  2014,  kita telah tinggalkan tahun  lepas , dan semua saat yang berlalu kita simpan dalam kenangan  dan sejarah.  Kita lihat cermin wajah masih sama . masih sama  rupa , bentuknya , mungkin hadir sedikit kerut  sedikit kedut di mamah usia.







Sedar atau tidak, umur meninggalkn kita pergi,  semua yang di tinggalkan tak kembali lagi. kita kutip kenangan bersama kenangan dan pengalaman mengisi ruang hidup dan kita belajar dari  kesilapan , sama ada kesilapan orang lain atau kesilapan sendiri,  perjalanan hidup  menyelusuri ruang waktu dan  lingkung masa mengajar kita erti kehidupan  apa sebenarnya yang kita cari . apa sebenarnya yang kita kejar dalam hidup ini.





Mungkin waktu sekolah dahulu, kita dia ajukan dengan persoalan apa cita cita anda?. tapi sebenarnya hidup yg hakiki adalah kembali  pada yang Esa, kekadang kita keliru, mengapa  jadi bergini. kenapa banyak sungguh halangan , mengapa kita  di ajukan dengan segala macam rencah hidup. dan kita  berfikir mencari jalan keluar merungkai permasalahan yang  hadapi.




Hati terkadang akan rasa terkilan dan hampa, hati terkadang kecewa dan bawa derita.  tapi telusurilah langkah hidup sebenarnya , Tuhan sedang mengajar kita erti hidup ini adalah untuk Nya. setiap masalah Allah berikan  ada sebabnya, supaya  kia kembali bertaut padaNya .  memetik nasihat seorang teman ku, "kita lihat diri, hubungan kita dengan manusia, hubungan kita dengan ibu bapa, hubungan kita dengan tuhan".





Kembali dan berdoalah padaNya dan pohonlah kemaafan pada  manusia yang kita zalimi. kita manusia yang bukan maksum. dengan  kekhilafan yang tak berpenghujung .