Thursday, February 6, 2014

Tentang pilihan

Hati berbunga bunga  ni. mekar dan kembang setaman,
menang rasa seronok bila dapat kerja yang kita minta. tapi   bila tanya mak . tanya abah, tanya kawan kawan .. hmmm pendapt berbeza beza. Bukannya tak ada pendapat sendiri.tapi sedikit sebanyak pandangan orang lain perlu dipertimbangkan .

walau impaknya pada diri sendiri.  dan apa sebenarnya yang kita mahu dalam hidup. kalau tanya  pada diri sendiri  sebenarnya diri sendiri dan hati pun tak dapat nak jawab . kelirukah dengan pilihan? 
Merenung sejenak wajah tua  yang berkerut  seribu. bila ku utara   soalan apa pendapat dia ? dan terdiamlah dia. dan tunduk sejenak lantas berkata  "tak perlu lah".Diam adalah bahasa yang  paling dalam  dan paling menakutkan.


Si putih datang dan membawa bersamanya khabar  ' jom ! sertai saya . saya  ada rancangan bagus untuk hidup anda " marilah saya bawa kamu lihat empayar saya   dan  semua kemanisan harta dunia sampai hari tua kamu" cepat  , tawaran masih terbuka   mulakan dengan langkah mudah . buka account dengan saya ,  buka besar terus tau . " dan lepas tu cari lagi ramai kawan kawan  untuk sertai kamu dan buat seperti kamu..." biar kamu ada org bawah yang berkerja untuk kamu "....dia berlalu dengan senyuman lebar dan harapan menggunung  agar  menyertai dia.kemudian , si  merah datang  pula  dengan penuh ceria . marilah sertai saya . saya ajar kan kamu jadi kaya raya . modal  can carnya mudah saja mari beli product saya dan  mari senarai kan kawan kawan untuk sama sama cuba dan berada di bawa kita hehehehe.. hati masih belum terbuka lagi  maknanya masih rapat lagi. masih belum dapat di buka dengan   kata kata manis dan bayang bayang  syurga dunia  tanpa sempadan..

Hati sebenarnya sangat bahagia menelusuri kehidupan.dengan sedikit bimbang  dan sedikit khuatir   tapi cukup sederhana   dan cukup membahagiakan buat masa ini.  walau datang  umpan  kemanisan   hidup bersenang senang,  hakikatnya, kekayaan jiwa lebih bermakna, kerendahan hati lebih bernilai. kemuliaan  budi itu lebih berharga.


Tak salah menambah pendapatan tapi redha ibu bapa jauh lebih penting  dari segala galanya. sementara mereka masih ada. . Tak salah jika ada pendapat dan kehendak sendiri. tapi lebih baik jika boleh di bincangkan bersama  dengan hikmah dan bijaksana.