Tuesday, March 18, 2014

Ader rumput atas bukit rumput cantik tak pernah lihat...rumput yang hijau

Mungkin pada zaman kanak kanak  kita pernah menyanyikan lagu ini . dengan kawan kawan kawan . bersama kumpulan pengakap sekolah  dan dalam group kumpulan waktu perkhemahan .Mungkin ada antara kita yang masih ingat  bila duduk bersama  dan masa tu cikgu dengan lantang menyuruh kita kanak kanak riang yang  pakat rasa comel waktu kecil  untuk duduk bersama   cikgu pengakap buat unggun api untuk kita nyanyi sama sama berhibur  diiringi bunyi unggas dan cengkerik. masa tu kita bersorak  sorak  dan menyanyi alunan lagu kanak kanak

 " Ada rumput  atas bukit ,rumput cantik tak pernah lihat " rumput yang hijau ....la lalalala...

 Waktu itu minda kecil ini masih belum mampu merpersoalkan apa yang menarik tentang rumput -rumput hijau. baiklah , jika kita lihat dari perspective motivasi. seolah olah ia  memberi satu harapan , agar kita selalu berusaha,untuk jadi rumput hijau yang cantik. tanah untuk tumbuh perlu subur dan di baja.

Dalam memacu hidup sendiri rasa cemburu melihat  keadaan orang lain yang lebih baik selalunya  menjadi sebab untuk kita menukar haluan.  atau kerjaya dan ia juga menjadi sebab untuk memdorong kita berubah  siapa tak seronok melihat  mereka yang berjaya  mempamerkan kehebatan duniawi  .kemilau  lip lap  kenderaan  di pandu dan blink blink ! kemilau diamond .. and gold ...wah !... syoknya.. dalam hati berharap  kalau lah kita mampu jadi seperti dia . tapi adakah kita tahu di sebalik semua itu pahit getir dan susah payah  mereka  atau mereka bertahan kerana ada status perlu jaga dan berupa sedemikian perlu untuk memancing kepercayaan mereka yang memandang .  siapa tahu ?.justeru itu, lahir pepatah " biar papa asal bergaya "pulak dah ....

Bagaimana dengan keadaan kita yang sering tertanya tanya apa akan terjadi pada kita nanti apa akan terjadi selepas ini. adakah kita telah membuat keputusan muktamat dan adakah keputusan yang kita ambil itu yang terbaik dan paling tepat. Persoalannya adakah  kita telah meneliti  atau kita buat kira kira yang mana lebih yang mana kurang , yang mana untung . kalau tanya dari sudut rohaniah jawabnya" buat lah istikarah" ya betul ... istikarah itu benar tapi perlu dengan sungguh bersungguh.  dan  dalam beristikarah juga   jiwa yang kacau kecamuk boleh terpedaya dengan tipu daya syaitan. pilihan yang kita buat  mungkin tepat jika kita telah teliti dan halusi  rangka kerjanya (framework) dan jalan kerja yang konkrit data empirical yang jitu.

Berbalik dengan kemahuan, kehendak adalah dorongan paling kuat untuk memiliki apa yang di idamkan , tapi sebenarnya kepuasan ,rasa dan  tenang  adalah tunjang sebenar erti kebahgiaan.bergantung dengan usaha sendiri. :" kalau ada kemahuan, di situ ada jalan " jangan takut merebut peluang  dan mencari peluang untuk memajukan diri menambah ilmu pengetahuan ,  Namun ,  jika di landa kegagalan  janganlah kita  kecewa, bangun dan berehat sebentar carilah kekuatan  untuk teruskan apa yang kita idamkan.  harus di teliti jua perancang perlu realistic dan strategi  dan langkah langkah  yang wajar ,  jangka masa yang di tetapkan   letakkan satu matlamat dalam memrealisasikan impian kerana yang akan menghijau itu nanti  adalah kebahagian diri sendiri yang di baja dengan  kesungguhan , di isi dengan tekun ,cinta dan cita cita, serta sabar  cintakan apa yang kita lakukan  yang akhirnya akan membuahkan hasil untuk kita  rasai manisnya. bahagiakan !. dan waktu itu rasa puas adalah "the ultimate satisfaction".